Setelah tujuh tahun meninggalkan industri seni, pelakon, Azar Azmi kini kembali ke set penggambaran untuk drama terbaru terbitan Astro.
Dapat dilihat melalui perkongsian video di akaun Bambam Studio Official, Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi meluahkan rasa gementar selepas sekian lama tidak menjejakkan kaki ke set penggambaran
Nervous… saya takut
Dalam pada gementar, Azar juga berasa sebak kerana diberi peluang untuk kembali berlakon.
Susulan video tersebut telah tular, ramai meluahkan rasa sedih serta gembira dapat melihat aktres berkenaan kembali semula di industri seni seperti sebelum ini.

Sebelum ini, Azar Azmi mendedahkan tentang kisah dirinya yang menyedihkan, di mana dia direman atas kesalahan orang lain.
Kredit : Beautifulnara
