Jom buat petai jeruk yang sedap, tahan lama dan rangup.
Petai merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat dinegara Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonbeso, Brunei mahupun Thailand. Di sebalik baunya yang kuat petai sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
Mari kita lihat cara untuk menjerukkan petai ini agar tahan lebih lama dan kekal rangup. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 5-6 papan petai
- 3 ulas cili api merah
- 2 sudu teh garam
- Air secukupnya (Lebih elok jika menggunakan air yang bertapis)
Cara-cara penyediaan
- Mula-mula potong petai agar mudah untuk direbus
- Tambah air dalam periuk dan buka api
- Masukkan petai dan rebus sehingga kulit petai bertukar warna
- Segera alihkan petai didalam bekas lain
- Biarkan sehingga petai sejuk
- Kemudian picit keluar petai dari kulitnya
- Basuh petai dan toskan sebentar
- Simpan didalam bekas yang sesuai
- Tambah air separas petai dan tambah cili api.
- Tambah garam lebih kurang 2 sudu teh.
- Tutup bekas dan simpan didalam peti ais
- Sedia dimakan selepas 3 hari.
- Siap