POLITIK
Beza pandangan antara kementerian bukan tanda perpecahan dalam kerajaan – Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perbezaan pandangan atau pendekatan antara kementerian, tidak semestinya mencerminkan perpecahan dalam kerajaan. Sebaliknya, Anwar berkata keadaan itu sebahagian daripada proses perbincangan dan pertimbangan dasar yang mengambil kira tanggungjawab, bidang kuasa serta keutamaan masing-masing, demi memastikan agenda Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan dengan berkesan. Beliau berkata kerajaan sentiasa […]
PN dapat penangguhan sementara tindakan RoS
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mendapat penangguhan sementara selepas Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonannya untuk menangguhkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), meskipun pendaftaran gabungan itu dibatalkan dua hari lalu. Keputusan itu dibuat hanya sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan PN berusaha mengekalkan hak untuk bertanding menggunakan […]
Reformasi sejak empat tahun lalu bantu lonjak ekonomi Malaysia, kesejahteraan rakyat – PM Anwar
PUTRAJAYA: Usaha reformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak empat tahun lalu membantu melonjakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, Malaysia berpotensi mencapai kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang lebih baik dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang sekiranya seluruh jentera kerajaan terus memberikan tumpuan kepada […]
“Malaysia Jadi Negara Pertama Berjaya Pujuk Myanmar Terima Semula Rakyatnya” – Fahmi Fadzil
Malaysia mencatat satu kejayaan diplomatik apabila menjadi negara pertama di dunia yang berjaya meyakinkan Myanmar untuk menerima kembali rakyatnya yang berada di negara ini. Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kejayaan tersebut merupakan satu pencapaian membanggakan hasil usaha diplomatik kerajaan Malaysia. Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut […]
Kegiatan Scam Terus Dibanteras, Lebih 9,600 Akaun Keldai Telah Dikenakan Tindakan Undang-Undang – PMX
Lebih 9,600 akaun keldai sudah dikenakan tindakan undang-undang sehingga Disember 2025 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membanteras kegiatan penipuan kewangan di negara ini. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengesanan akaun keldai oleh institusi kewangan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 149 peratus sejak Portal Fraud Kebangsaan (NFP) diperkenalkan pada April 2024. Menurut […]
1MDB: Najib Razak Gagal Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kekal
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama 15 tahun serta denda RM11.4 bilion berkaitan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan berkenaan selepas Hakim Noor Ruwena Md Nurdin mendapati Najib, 73, tidak berjaya membuktikan kewujudan keadaan khas atau luar […]
Belanjawan 2027 beri penekanan hidup bermaruah
Belanjawan negara mencerminkan nilai tadbir urus kerajaan dalam mengimbangi hala tuju negara, bukan sahaja bagi satu penggal, tetapi memastikan matlamat pembangunan mampan untuk generasi akan datang. Setiap tahun kita mendengar, menilai dan mengkritik keputusan kerajaan melibatkan cukai, pelepasan cukai mengikut kategori, bantuan subsidi dan golongan sosial mana yang akan mendapat manfaat lebih. Tema bagi Belanjawan […]
‘Saya 76 tahun, jalan pun sudah goyang’, Tok Pa tak minat tanding PRU16
PASIR MAS: Bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai UMNO semula memaklumkan tidak berminat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Mustapa berkata, usianya yang sudah mencecah 76 tahun itu tidak sesuai untuk bertanding dan peluang itu perlu diberikan kepada orang muda. “Saya kini sudah 76 tahun, jalan pun sudah goyang. […]
Persefahaman antara parti bukan jaminan tunggal raih kemenangan
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan sekadar persaingan untuk menentukan parti bakal menerajui kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang. Lebih penting daripada itu, PRN itu menjadi medan menguji tahap kematangan demokrasi dan intelektualisme politik dalam kalangan masyarakat, terutama pengundi. Selepas melalui pelbagai episod perubahan politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat semakin […]
PRN NS: Polis, tentera tunai tanggungjawab undi awal hari ini
SEREMBAN: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bermula jam 8 pagi ini di 38 pusat mengundi seluruh negeri, membabitkan 16,884 anggota tentera dan 5,455 anggota polis serta pasangan yang layak. Semua pusat mengundi berkenaan dibuka serentak pada 8 jam pagi, manakala waktu penutupan ditetapkan secara berperingkat antara 12 tengah hari […]