Johor Cuti Peristiwa Ahad Ini Sempena JDT Mara Ke Final Piala Malaysia – MB Johor

Johor Umum Ahad Ini Bersamaan 27 November Sebagai Cuti Peristiwa

 

Kerajaan Negeri Johor pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu akan bercuti pada Ahad ini bersamaan dengan 27 November sebagai cuti peristiwa sempena JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 Sabtu ini.

Menurut kenyataan akhbar itu lagi, seperti yang di umumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri yang baharu berkenaan cuti umum pada 28 November nanti.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk menimbal guna tarikh tersebut sebagai Hari Cuti Umum bagi negeri tersebut pada 27 November ini.

“Pemberian Cuti Peristiwa pada hari Ahad 27 November 2022 ini adalah susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu, 26 November ini.

“Pemberian cuti itu adalah bertujuan untuk memudahkan para penyokong menyaksikan perlawanan akhir tersebut dan seterusnya memberi keselesaan kepada mereka untuk merancang dan mengatur perjalanan mereka,” tulis kenyataan akhbar tersebut.

 

Selain itu,Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turut berkongsikan perkara tersebut di dalam akaun Facebook rasminya.

“Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor yang menjadi inspirasi kepada Orang Muda Johor dan sentiasa memberi sokongan kepada atlet-atlet kita.

“Kerajaan negeri Johor juga mengumumkan hari Ahad, 27 November sebagai cuti peristiwa untuk Johor sempena perlawanan bola sepak ini.” tulis beliau dalam Facebooknya.

 

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *