Pendakwah bebas, Da’i Syed telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, pengacara TV, Hana Ismail dengan sekali lafaz.
Menceritakan tentang perkenalan mereka, Hana berkata mereka hanya berkenalan selama sebulan lebih sebelum bertunang pada 23 Oktober yang lepas.
Kartanya, apa yang membuatkannya yakin untuk berkahwin dengan Da’i Syed adalah kerana dia telah mendapat petunjuk yang baik selepas melakukan solat istikharah.
Tambah Hana lagi, selepas tempoh solat itu berakhir, Allah telah tekadkan hatinya untuk berkahwin dengan Da’i Syed dan perkara itu menguatkan semangatnya untuk teruskan hubungan mereka.
Semalam, Hana dan Syed selamat diijabkabulkan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.
Kredit : Beautifulnara