Seperti yang ramai ketahui, pelakon Fatin Afeefa baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Aliff Awang pada 30 December 2022 lalu.
Namun, muncul pula dakwaan mengatakan pelakon berusia 28 tahun itu berkahwin dengan suaminya hanya semata-mata darjatnya yang merupakan seorang yang berada.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Aliff menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Jahanam betul lah, ada sorang mamat ni dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan saya sebab nak naik kereta mahal je.
Tampil menjawab dakwaan tersebut, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah binti Shamsudin mendedahkan suaminya bukanlah orang kaya pertama yang cuba untuk mendekatinya.
Awak bukanlah orang kaya pertama yang dekati saya. Tapi awak yang paling handsome. Saya pejam mata pun boleh rasa awak handsome. Kaya tu nombor dua.
Kredit : Beautiful Nara