“Sedia Bukti, Jangan Cakap Sedap Mulut” – Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak 26 Januari, Adam Shahz ‘Warning’ Fatin Afeefa

Biarpun kini sudah bahagia dengan suami baru, kemelut di antara pelakon Fatin Afeefa bersama bekas suami, Adam Shahz masih belum selesai hingga ke hari ini.

Terbaharu, pelakon Adam Shahz telah memberi amaran kepada Fatin untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam atas sebutan pertama tuntutan hak penjagaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia pada 26 Januari ini.

Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani memberitahu dirinya terpaksa mengambil tindakan seperti ini berikutan tidak dapat bertemu dengan anak perempuan yang kini sudah berumur 7 tahun.

https://www.instagram.com/adamshahz/?utm_source=ig_embed&ig_rid=2844b1a9-09ad-406d-936c-3bc2b334b1a4

Pelakon terbabit turut sempat memesan kepada bekas isteri untuk siap sedia menyediakan semua bukti berserta dokumen yang diminta agar kebenaran dapat ditegakkan.

Biarpun sedar ramai netizen mengecamnya, pelakon filem Juvana itu memilih untuk tidak membuat kecoh kerana enggan menjatuhkan maruah kedua-dua belah pihak ataupun keruhkan lagi keadaan.

Tapi kepada pihak belah sana, tolong bawa semua bukti-bukti dan dokumen. Jangan cakap sedap mulut sampai berlaku fitnah dan penghinaan terhadap saya.

Sekadar info, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, namun berpisah setelah 4 tahun bersama.

 

Kredit: Beautiful Nara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *