Shuk, Sera berbaik, tunai umrah bersama

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuk Sahar berkongsi videonya berlepas menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah bersama isteri, Rossa Sera, sekali gus membayangkan kemelut tangga mereka sebelum ini sudah selesai.

Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Shuk berkata, umrahnya kali ini sangat istimewa kerana dapat bersama isterinya, Sera.

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah untuk kesempatan kali kedua menjadi tetamu. Doakan kami dapat umrah yang mabrur,” tulisnya.

Pada masa sama, Sera juga menerusi perkongsian video di Tik Tok, memohon semua pengikut mendoakan dirinya dan Shuk dapat memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik.

“Assalamualaikum semua, doakan kami berdua dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri, nervous (gementar) tapi happy (gembira) sangat, Alhamdulillah,” tulisnya.

Sera memohon semua pengikut mendoakannya dan Shuk dapat memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik menerusi perkongsian video dalam aplikasi Tik Tok.
Sera memohon semua pengikut mendoakannya dan Shuk dapat memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik menerusi perkongsian video dalam aplikasi Tik Tok.

Rata-rata pengikutnya di IG mendoakan semoga rumah tangga Shuk dan Sera berkekalan.

“Alhamdulillah, jaga baik-baik, kami semua mendoakan yang terbaik untuk kalian,” tulis seorang pengikut.

“Moga jodoh berpanjangan, Shuk jaga isteri elok-elok,” tulis seorang pengikut lagi.

Sementara itu, status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Dalam laporan terdahulu, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan NurAssyifatu Aimi, 3. – HM Online

 

Kredit: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *