FIFA Mula Siasat Adegan Pasukan Argentina Raikan Kemenangan Piala Dunia
FIFA mengumumkan untuk melakukan siasatan terhadap adegan pasukan Argentina selepas meraikan kemenangan menewaskan Perancis di perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, lapor Daily Mail.
Badan induk bola sepak dunia itu telah membuka siasatan terhadap Albiceleste kerana melanggar beberapa kod tatatertib FIFA semasa dan selepas acara, iaitu klausa untuk fairplay dan salah laku pemain.
Menurut FIFA, Jawatankuasanya telah membuka siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina kerana disyaki melanggar artikel 11 (Tingkah laku menyinggung perasaan dan pelanggaran prinsip permainan adil) dan 12 (Salah laku pemain dan pegawai) Kod Tatatertib FIFA.
Selain itu, Argentina juga dikatakan melanggar artikel 44 Peraturan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bersempena dengan Peraturan Media dan Pemasaran untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022, semasa perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Argentina menentang Perancis.
Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez telah mencetuskan kontroversi menerusi gaya sambutannya ketika menerima anugerah Sarung Tangan Emas selepas tamat perlawanan.
Memetik Daily Mail, sekiranya pasukan Argentina mengaku bersalah atas sebarang pertuduhan yang mungkin dikenakan terhadap mereka, Persatuan Bola Sepak Argentina boleh dikenakan denda yang besar.
Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez telah mencetuskan kontroversi menerusi gaya sambutannya ketika menerima anugerah Sarung Tangan Emas selepas tamat perlawananr.
Kredit : Siakap Keli