Selalu Dikaitkan Dengan Neelofa, Respon Fazura Dipuji Netizen – “Dia Memang sempoi!”

Seperti yang ramai tahu, nama pelakon Nur Fazura dan pengacara Noor Neelofa sering dikaitkan bersama apabila setiap tingkah laku mereka dan hantaran di media sosial akan menjadi perbandingan oleh netizen.

Tampil memberi reaksi, Fazura berkata dia tidak mahu membebankan fikirannya dengan perkara-perkara negatif.

Menurut isteri kepada Fattah Amin itu, dia hanya ingin fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri sendiri dan keluarga.

Saya tak ada pesanan kepada netizen, cuma alhamdulillah. Saya hanya memberi tumpuan kepada diri saya dan keluarga sahaja.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 39 itu matlamat utama dirinya adalah untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik untuk masa akan datang.

Nak kaitkan nama saya tu saya tak boleh nak halang mereka. Perkara paling utama pada saya adalah untuk fokus ke hadapan dan jalan terus, tanpa menoleh ke belakang.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji respon yang diberikan oleh Fazura kerana menganggap dia seorang selebriti yang sangat profesional dan berpendirian tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

 

Kredit : Beautiful Nara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *