Neelofa hamil anak kedua?

KUALA LUMPUR : Selebriti popular, Neelofa dilaporkan dipercayai hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya, menjadi tular.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, Neelofa dilihat memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, baru-baru ini.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai apabila mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil walaupun dikatakan menyembunyikan kelahiran anak keduanya itu, lapor Harian Metro (HM) Online.

“Dia sorok tapi asyik pegang perut je. Sorok dalam nyata,” komen seorang netizen.

“Wanita kalau hamil automatik akan nak pegang perut walaupun kandungan masih baru,” tulis seorang netizen.

“Tahniah Bilal jadi abang selepas ini,” tulis seorang netizen.

“Alhamdulillah tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi,” komen seorang pengikut.

Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – HM Online

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *