Guna Nama Baharu ‘Abu Bakar’, Penolong Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam

Penolong Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam

Penolong Jurulatih dan Penganalisis Video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dilaporkan telah memeluk Islam pada hari ini.

Pol Corpas yang berasal dari Sepanyol itu dikhabarkan akan menggunakan nama baharu Islamnya iaitu Abu Bakar.

Perkara itu disahkan oleh TRW Kelantan FC di laman Facebook dalam satu hantaran pada Rabu.

“Dia disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Encik Qusmaini (Qusmaini Noor Rusli).

“Dia juga akan akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar,” memetik hantaran itu.

Difahamkan, Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021.

Sehingga kini dia masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.

Maksud nama Abu Bakar

Dalam Islam, maksud Bakar ialah unta jantan yang muda, di mana ia sering digunakan kepada haiwan dengan tujuan mengambil ciri-ciri baik yang ada pada haiwan terbabit.

Menerusi Facebook Soal Jawab, secara lazimnya nama Bakar ini membawa maksud keperkasaan dan keteguhan seperti anak unta jantan.

Manakala, Abu pula merupakan simbol pemimpin yang sering disebut oleh yang orang ramai seperti bapa kemerdekaan, bapa pembangunan, bapa pendidikan dan sebagainya.

Nama Abu Bakar merupakan satu nama yang sangat indah kerana ia bermaksud anak unta jantan yang mempunyai keberanian dan kegagahan.

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *