Terima Kad Kuning, Aksi Ronaldo Kasari Pemain Al-Hilal Curi Tumpuan

Terima Kad Kuning, Aksi Ronaldo Kasari Pemain Al-Hilal Curi Tumpuan

RIYADH —  Dalam pertembungan antara dua kelab bola sepak Arab Saudi, Al Hilal Football Club (FC) dan Al Nassr FC, Cristiano Ronaldo telah didakwa mengasari pemain tuan rumah semalam, lapor Goal.com.

Difahamkan, bintang Portugal itu telah dilayangkan kad kuning susulan aksinya dalam perlawanan yang berlangsung di King Fahd International Stadium.

Ronaldo Kasari Pemain Al-Hilal Seperti “Gusti”

Pada minit ke-56, pengadil perlawanan, Michael Oliver tiada pilihan lain selain melayangkan kad kuning kepada Ronaldo selepas bertindak merangkul kepala pemain Al-Hilal FC, Gustavo Cuellar sehingga jatuh ke belakang.

Menerusi klip video berdurasi 46 saat yang dimuat naik oleh @ssc_sports di Twitter menunjukkan insiden berkenaan.

Susulan itu, Gustavo terbaring di atas padang dengan reaksi kesakitan pada wajahnya selepas penyerang berusia 38 tahun itu telah memeluk pada bahagian leher.

Rata-rata pemain tuan rumah berasa tidak puas hati dengan tindakan bekas pemain Manchester United itu.

Tuan Rumah Benam Pelawat Dengan Skor 2-0

Dalam perlawanan tersebut, Al Hilal berjaya menjinakkan Al Nassr dengan dua gol tanpa balas di laman sendiri.

Walaupun pelawat turun sebagai pencabar kejuaraan liga, Al Hilal seperti tidak goyah dengan menampilkan aksi cemerlang di laman sendiri.

Pasukan itu berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan sepakan penalti oleh Odion Igholo pada minit ke-42. –Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *