(VIDEO) “Mesti Uwais Rindu Sarah..” – Ramai Sebak Tengok Lakonan Anak Shuib Sempena Hari Ibu

Semalam, ramai pengguna media sosial yang tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan Hari Ibu dengan membuat hantaran dan memberi ucapan istimewa kepada ibu mereka.

Tidak melepaskan peluang, pelawak dan penyampai radio, Shuib turut berkongsi hantaran video pendek sempena Hari Ibu di laman Instagramnya.

Menerusi video tersebut, anak sulung kepada Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al Qarni dilihat berlakon bersama datuknya iaitu bapa kepada Sarah.

https://www.instagram.com/p/CsNIgPfJLxh/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah apabila Uwais meminta datuknya untuk membawanya pergi ke kubur arwah untuk menyambut Hari Ibu.

Bukan itu sahaja, Uwais turut tidak dapat menahan sebak ketika berada di kubur awrah sebelum memeluk datuknya.

Menerusi ruangan kapsyen, Shuib berkata arwah isterinya tidak pernah sekalipun hilang dari ingatan mereka sekeluarga.

https://www.instagram.com/reel/CsOeJxIri-G/?img_index=1

Kredit : Beautifulnara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *