Syarikat Dron ‘Payung’ Disebalik Tabir Persembahan Dron Ketika Al Hilal Perkenalkan Neymar

Syarikat Dron ‘Payung’ Disebalik Tabir Persembahan Dron Ketika Al Hilal Perkenalkan Neymar

Kehadiran Neymar ke liga Arab Saudi disambut meriah dengan persembahan daripada ratusan dron.

Video disebalik tabir sambutan bintang itu telah menjadi tular di media sosial dan seterusnya menjadi bualan hangat peminat di seluruh dunia.

Perkongsian video disebalik tabir itu telah dikongsi oleh syarikat yang bertanggungjawab dalam menjayakan persembahan dron tersebut.

Syarikat yang dikenali sebagai New Rise Technologies telah berkongsi video tersebut di akaun TikTok miliknya yang bernama @newrisesa.

Menerusi perkongsian video itu, pasukan daripada syarikat itu dilihat dengan teliti telah melakukan persediaan mereka bagi menjayakan acara tersebut.

rdasarkan laporan talkSPORT, Neymar adalah nama besar terbaru yang dilaporkan akan bermain di liga negara Arab tersebut.

Beliau yang akan bermain untuk kelab Al Hilal telah disambut dengan meriah pada Sabtu lalu di hadapan penonton tuan rumah mereka.

Acara sambutan itu turut disaksikan oleh peminat kelab

Pada acara malam yang diadakan di Stadium Antarabangsa King Fahd itu, peminat turut tidak melepaskan peluang mereka untuk melihat bintang terkenal tersebut.

Pada malam tersebut, dron telah dilihat terbang di atas padang milik kelab Al Hilal sambil mencipta semula kad Neymar dari Pasukan Ultimate FIFA.

Neymar kemudiannya dilihat keluar dari terowong lalu terus bergerak ke padang sambil sempat memberikan tepukan dengan maskot.

Ekoran sambutan yang meriah itu, Neymar kelihatan kagum dengan sambutan yang diterima daripada kelab baharunya itu.

Selain itu, rakan sepasukan barunya di Al Hilal turut memasuki padang bersama dengannya sebelum memulakan perlawanan dengan Al Feiha. Perlawanan malam tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Walau bagaimanapun, dalam perlawanan malam tersebut, pemain dari Brazil itu tidak diturunkan kerana kecederaan buku lali.

Neymar berharap dapat membuat penampilan sulungnya di Al Hilal tidak lama lagi.

Beliau juga dikatakan telah bersedia untuk bermain di barisan hadapan bersama rakan pasukan baharunya Aleksandar Mitrovic.

 

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *