“Masa Gaduh Bukan Main Drama” – Asyik ‘Dating’ Lepas ‘Getback’, Netizen Gesa Anju Kahwin Untuk Elak Buat Dosa

Personaliti media sosial sekaligus pelakon, Zarina Anjoulie atau mesra dikenali sebagai Anju beberapa kali telah terlibat dengan kontroversi hangat seperti yang ramai tahu.

Pada 26 Januari lalu, Anju telah mengumumkan pertunangan dengan Datuk Seri Khazrul Elzey, namun putus sekitar Februari atas sebab tertentu dan kontroversi melanda mereka di media sosial.

Lama tak keluar berduan, selalunya dengan anak-anak.

Selepas kembali menjalin hubungan bersama Khazrul, Anju hari-hari berkongsi di media sosial memaparkan mereka sering luangkan masa bersama dan kali ini mereka dapat ‘dating’ berdua tanpa kehadiran anak-anak.

Namun begitu, artis ini juga kelihatan suka akan perhatian yang diberikan oleh warganet ketika topik sensasi melanda diri dan pasangannya.

Jangan berlakon macam korang tak suka drama kita ye.

anju

Manakala di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar mereka berdua cepat berkahwin dan bahagia setelah hampir setahun berkenalan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

 

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *