Fazura tak pernah cari pasal, orang luar mengapikan kami – Neelofa

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa sedia untuk berdamai dengan aktres Nur Fazura, sekali gus menamatkan konflik berlarutan sejak 13 tahun lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata krisis membabitkan mereka wajar dihentikan kerana tidak mahu peminat terus berbalah.

“Bila saya fikir balik, sudah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

“Jika diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.

“Jika kedua-dua pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran air minuman Moma x Neelofa di sebuah hotel di Bangsar, hari ini.

Neelofa tidak menolak bersemuka dengan Fazura sekiranya diberikan peluang. - - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Neelofa tidak menolak bersemuka dengan Fazura sekiranya diberikan peluang. – – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Menurut pengacara Next To Neelofa ini, keputusan itu juga dibuat berikutan sudah mempunyai kehidupan sendiri.

“Dua-dua nak teruskan hidup, ada bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya dah tak larat nak lalui.

“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak Fazura pun tak cari pasal atau cakap apa-apa soal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tiada kaitan dengan hidup kami,” katanya.

Sementara itu, Neelofa mengakui dia tidak menolak bersemuka dengan Fazura sekiranya diberikan peluang.

“Saya senang untuk bertemu dengannya,” ungkapnya.

Kemelut dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri dan ia berlanjutan apabila mereka didakwa saling menyindir antara satu sama lain dalam media sosial.

Neelofa mahu berdamai dengan Fazura, sekali gus menamatkan kemelut yang berlarutan sejak 13 tahun lalu.
Neelofa mahu berdamai dengan Fazura, sekali gus menamatkan kemelut yang berlarutan sejak 13 tahun lalu.

 

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *