Ramai rakyat Malaysia tiada tabungan kecemasan

KUALA LUMPUR: Ramai rakyat negara ini terutama yang tiada tabungan kecemasan akan berdepan kehidupan sukar sekiranya diuji kehilangan pekerjaan, dugaan kesihatan atau kenderaan rosak secara luar jangka.

Ia kerana gaji diterimanya tidak selari kenaikan kos sara hidup, komitmen pelbagai bil, selain masih ramai tidak memahami konsep ‘simpanan asas’ antara sebab mengapa seseorang itu tidak berupaya mengadakan tabungan kecemasan.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, berkata meskipun kebanyakan pakar literasi kewangan mengesyorkan nilai tabungan selesa bersamaan tiga hingga enam bulan gaji, namun realitinya masih ramai tiada dana kecemasan walaupun bernilai empat angka.

“Meskipun kemampuan tabungan satu perkara subjektif, mahu atau tidak, setiap individu perlu mewujudkan dana kecemasan boleh cair atau digunakan pada bila-bila masa tanpa mengeluarkan simpanan jangka panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *