“Macam Kubur Tapi Kubur Cerah Ada Angin..” – Syatilla Melvin Serik Masuk Mesin MRI, Hampir Kena ‘Panic Attack’

Baru menerima rawatan akibat slip dics, pelakon Syatilla Melvin berkongsi pengalaman dirinya ketika di hospital dan kini terpaksa bergantung kepada ubat.

Masuk mesin MRI

Menurut pelakon ini di siaran langsung TikTok baru-baru ini, dirinya berasa amat tidak selesa dan takut ketika dirinya sedang menjalani pemeriksaan pengimejan resonansi magnetik (MRI) di hospital.

Saya dalam mesin tu 35 minit. Saya rasa sesak nafas sebab tempat tu sangat kecil. Rasa macam dalam kubur, tapi kubur cerah dan ada angin.

Mungkin boleh kena panic attack

Tambahnya, dia langsung tidak boleh melelapkan mata sepanjang berada dalam mesin tersebut. Meskipun tidak sakit, namun kerana ruang yang sempit dan kecil, Syatilla tidak ingin sesekali menjalani pemeriksaan MRI lagi.

Kalau tak boleh kawal minda, mesti kena panic attack dan tak boleh bernafas. Tak boleh gerak, telan air liur pun kena perlahan-lahan kalau tak mesin tak boleh baca bacaan.

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *