ERLING Haaland telah ‘menutup mulut’ pengkritiknya apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 Manchester City ke atas Brentford pada awal pagi Rabu, kata Pep Guardiola.
Hanya dua mata memisahkan pasukan tiga teratas dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika City berada satu mata belakang pendahulu Liverpool, dengan Arsenal di tangga ketiga dalam baki 13 perlawanan liga.
Haaland juga berjaya menebus malam yang mengecewakan ketika City diikat 1-1 di laman sendiri oleh Chelsea pada Sabtu.
Pemain dari Norway itu baru sahaja pulih akibat kecederaan dan Guardiola berkata, dia turut berdepan dengan pemergian neneknya baru-baru ini.
Kredit : Sinar Harian