Ronaldo digantung satu perlawanan

RIYADH: Cristiano Ronaldo digantung satu perlawanan selepas dirakam melakukan isyarat lucah ketika kemenangan 3-2 Al-Nassr ke atas Al-Shabab, kata Jawatankuasa Disiplin dan Etika Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF).

Selepas wisel penamat aksi antara kedua-dua pasukan Ahad lalu, Ronaldo dirakam meletakkan tangan di telinganya sebelum diarahkan berulang kali ke kawasan pelvisnya.

Isyarat berkenaan ditujukan kepada penyokong Al-Shabab yang mengejeknya dengan melaungkan nama seterunya, Lionel Messi.

Jawatankuasa berkenaan turut mengarahkan bintang Portugal itu untuk membayar denda 10,000 riyal Saudi (RM12,697) kepada SAFF dan 20,000 riyal Saudi (RM25,395) kepada Al-Shabab.

Hukuman berkenaan tidak boleh dirayu.

Pada April tahun lalu, pemain Al-Nassr berusia 39 tahun turut melakukan isyarat lucah ketika menuju bilik persalinan selepas perlawanan Liga Pro Saudi menentang Al-Hilal, yang menyaksikan pasukannya tewas 2-0. – REUTERS

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *