Avitan Shalom, lelaki warga Israel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan membabitkan pemilikan senjata api.
Avitan didakwa memiliki enam pucuk pistol dan 158 butir peluru di antara pukul 6.46 petang, 26 Mac lalu dan 6 petang 28 Mac lalu, di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.
Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.
“Saya faham tuduhan, tidak bersalah,” katanya.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Kredit : Malaysiakini