Pasangan suami isteri yang hadir dengan memakai baju tahanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) itu kelihatan sugul ketika tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.20 pagi.
Pasangan suami isteri yang hadir dengan memakai baju tahanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kelihatan sugul ketika tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.20 pagi. #ohbulan#pempengaruh#sprm
Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Perintah tahanan reman yang bermula Khamis sehingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Mereka kemudiannya diperintahkan untuk sambung reman selama tiga hari sehingga Selasa selepas permohonan dibuat SPRM.