Kugiran Masdo tampil memberi penjelasan gara-gara dikecam kerana nampak seperti tidak bersiap dalam poster Konsert Round Festival 2024, baru-baru ini.
Menurut Putu Ceri, gambar dalam poster tersebut dirakam ketika mereka setelah seharian mereka bekerja di set set penggambaran video muzik lagu Pujaanku.

Menafikan bahawa mereka sering tidak mandi, wajah yang terakam itu adalah tanda kepenatan setelah bekerja dan ‘disidai’ lama.
Gambar dalam poster itu dirakam sewaktu kami habis menjalani penggambaran video muzik lagu Pujaanku.
Proses menjalani penggambaran mengambil masa seharian, memang barai dan disidai semua. Kami bagi gambar profil lain tetapi mereka gunakan foto ini yang diambil dalam aplikasi Google.
Ujar Asmawi pula, mereka sangat berterima kasih dengan peminat yang prihatin dengan penampilan Masdo sekaligus membuka ruang untuk mereka berubah.
Kredit : Beautifulnara