“Sangat Bangga,” Michelle Yeoh Ucap Tahniah Kepada Zii Jia, Aaron & Wooi Yik
Kejayaan atlet badminton negara membawa pulang dua pingat gangsa masih lagi hangat diperkatakan. Manakan tidak, ia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan terutama apabila beraksi di pentas Olimpik yang berprestij.
Pingat gangsa pertama dituai oleh pasangan beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas mereka berhempas pulas menewaskan pasangan dari Denmark dalam aksi yang memukau pada Ahad.
Semalam, Lee Zii Jia dengan semangat yang luar biasa telah menghadiahkan pingat gangsa kedua negara.
Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, apatah lagi untuk mendapatkan pingat yang didambakan semua atlet. Justeru, usaha mereka sememangnya sangat wajar dipuji, dihargai dan dirai dengan sebaiknya.
Selain ucapan tahniah dari legenda sukan negara seperti Datuk Nicol Ann David. dan Datuk Lee Chong Wei, mereka juga telah mendapat perhatian pelakon antarabangsa yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.
Michelle dalam dua hantaran berbeza di Instagram mengucapkan tahniah kepada Aaron, Wooi Yik dan Lee Zii Jia.

“Tahniah, sangat bangga dan gembira kerana atlet-atlet Malaysia kita memenangi pingat gangsa.
Kredit : Siakap Keli