“Dia Dah Pulangkan Dekat Saya, Chill Okay” – Isteri Jawab Dakwaan Remy Ishak Pakai ‘Cincin Hidung’ Sebab Nak Publisiti

Isteri kepada aktor Remy Ishak, Ezza Yusof dilihat menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan suaminya itu kini mencari publisiti gara-gara menggayakan cincin hidung di sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Ujar Ezza, Remy kini sangat sibuk memenuhi undangan kerja sekaligus membuatkan mereka bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T.

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ni nak dapat cuti kerja. Bezanya suami saya ni susah nak kongsikan di media sosial.

Selorohnya lagi, Ezza mengatakan Remy sudah memulangkan kembali cincin hidung yang dipinjam daripadanya.

Cincin tu dia dah pulangkan dekat saya, chill okay.

Dia dalam pada itu sempat menitipkan doa kepada individu yang meninggalkan komen kecaman agar dipermudahkan urusan sentiasa.

https://www.instagram.com/reel/C-7R0qiRdJa/?utm_source=ig_embed&ig_rid=385271a3-4404-4050-8b7a-9a80eb32ffdd

https://www.instagram.com/ezzarl/?utm_source=ig_embed&ig_rid=b766e84d-20c3-4dbf-b76d-d5ea95ff3612

Sekadar info, Remy dan Ezza selamat bernikah pada 21 Ogos 2021 selepas 7 tahun bercinta. Kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam yang kini berusia setahun.

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *