“Tenggelam Artis Korea Depan Tu!” – Kecantikan Siti Saleha Di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul Dipuji Ramai

Selepas menghadirkan diri ke Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024, semalam, pelakon, Siti Saleha menjadi tumpuan ramai susulan kejelitaannya pada hari tersebut.

Menerusi di platform TikTok, tular satu video memaparkan aktres terbabit dan ramai memuji kecantikan Siti Saleha yang kelihatan menawan di anugerah itu.

Kebanyakannya mengagumi solekan sederhana aktres tersebut yang disifatkan menaikkan seri di wajahnya dan kelihatan natural tanpa perlu berlebihan.


Sekadar info, Siti Saleha telah mengharumkan nama Malaysia apabila dia berjaya memenangi trofi Bintang Asia Terbaik – Malaysia.

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *