Resepi unik, dua burger dalam satu piza

KUALA LUMPUR: Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) memperkenalkan resepi unik dan inovatif dengan memperkenalkan burger dalam piza yang dilancarkan, baru-baru ini.

-Advertisement-

Double Cheeseburger Pizza sarat dengan dengan kepingan daging empuk burger serta keju cheddar cair yang melapisi setiap gigitan.

Selain itu, lapisan daging burger kedua, bawang, jeruk, dan sos burger khas Domino’s menambahkan rasa burger keju klasik yang kaya serta menambat selera.

Bagi memenuhi citarasa berbeza, dua pilihan diperkenalkan iaitu Pizza Cheeseburger Double Beef dan Pizza Cheeseburger Double Chicken.

Lebih istimewa, orang ramai boleh memilih untuk menikmati kedua-dua Double Cheeseburge Pizza ini tanpa kerak dan burger.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman piza lebih tradisional, boleh menambah hirisan daging salai bagi meningkatkan lagi rasa hidangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes, berkata pasukannya bekerja keras mengetengahkan sajian digemari orang ramai.

“Walaupun kami terkenal dengan kepakaran menghasilkan piza yang lazat, ini tidak bermakna kami tidak boleh menyajikan burger yang hebat.

“Pencinta piza dan burger boleh menikmati kedua-dua hidangan ini bersama-sama bagi pengalaman menikmati hidangan yang lazat,” katanya.

Katanya, pelanggan boleh menikmati Double Cheeseburger Pizza ini dalam saiz biasa dan besar serta menikmati diskaun 40 peratus pada bila-bila masa.

Bagi melengkapkan hidangan, Domino’s turut memperkenalkan Crispy Fries dan Loaded Cheese Fries sebagai menu tambahan pada harga serendah RM6.50 dan RM15.90.

Menurut Ringo, Double Cheeseburger Pizza dan Loaded Cheeseburger Crispy Fries boleh didapati di semua stor Domino’s Pizza pada tempoh terhad sahaja.

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *