Shiha, Ieda Zikir Duo Terbaik minggu keempat

SHAH ALAM: Pasangan dua beradik, Shiha dan Ieda Zikir diumum Duo Terbaik pada minggu keempat Famili Duo musim keempat (FD4) dengan markah 64.07 peratus, malam tadi.

Pasangan adik beradik itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta barangan penaja Perfume Paradise menerusi persembahan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

“Alhamdulillah. Saya rasa sangat bersyukur. Sebenarnya, matlamat saya hendak dapatkan kemenangan ini untuk kakak saya.

“Minggu ini agak mencabar sebab setiap kali latihan di studio, dengar sahaja lagu, memang kami akan menangis,” kata Shiha.

Juri, Mas Idayu mencabar semua peserta dan memilih tema untuk minggu hadapan iaitu dangdut.

Disiarkan secara langsung di TV3, FD4 diacarakan oleh gandingan pengacara Janna Nick dan Sharif Zero. Selain Mas Idayu, kerusi juri turut diisi Datuk Rosyam Nor.

Selain Ayie dan Salma, FD4 turut mempertandingkan pasangan duo lain iaitu Ayie Elham dan Salma Asis (sepupu), Zahid dan Anne (adik-beradik), Tomok dan Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah dan Thamiera (sepupu) dan Naqiu dan Joey (sepupu). – HM Online

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *