Stacy Anam Nafi Tuduhan Berlagak Diva, Bermasam Muka Dengan Bella Astillah

Penyanyi Stacy Anam tampil menafikan dakwaan dia kini sedang bermasam muka dengan Bella Astillah gara-gara pengunduran diri daripada Konsert A Night With Sumandak Stars.

Ujar Stacy, dia belum pernah bertemu dengan Bella kerana mungkin sedang sibuk dengan hal masing-masing.

Tetapi kalau terjumpa pun mustahil nak bermasam muka. Lucu. Sebab saya pun dah tua. Dia (Bella) pun dah tua. Dia pun sudah ada anak. Relaks-relaks sahaja. Kan Bella?

Saya hanya menjadi diva sewaktu berada di atas pentas membuat persembahan. Semua orang tahu latar belakang saya sebelum bergelar penyanyi. Saya daripada keluarga miskin.

Saya juga sedar saya adalah Ummu Shaikhah, isteri kepada Akim Ahmad dan ibu kepada tiga orang anak.

Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Sudah 16 tahun saya berada dalam indstri ini. Saya sudah faham. Inilah industri hiburan.

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *