Netizen Tak Setuju Payung Di Pantai Port Dickson Digantikan Dengan Yang Lebih Cantik – “Isunya Bukan Cantik Tapi..”

Melalui laporan Berita Harian, penyediaan payung teduh yang lebih cantik dan tersusun di Pantai Telok Kemang, Port Dickson yang sepatutnya bermula, semalam, ditangguhkan pada 11 Januari tahun hadapan.

Setakat ini, sebarang jenis khemah termasuk khemah biru tidak dibenarkan dipasang di kawasan itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, MPPD akan menyediakan kawasan payung teduh yang lebih cantik, di mana melibatkan sebahagian Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang.

Netizen tak setuju, nak tengok pemandangan

Walau bagaimanapun, meninjau di platform X, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan mahu mengganti payung sebelum ini, ke payung yang lebih cantik serta tersusun.

komen

Kebanyakannya merasakan lebih cantik jika pantai tersebut dibiarkan kosong tanpa sebarang payung teduh dan membiarkan orang ramai menikmati pemandangan di pantai tersebut.

komen

Kredit: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *