Pelakon Puteri Sarah Liyana berasa terkejut apabila menerima ucapan selamat pengantin baru daripada warganet.
Belum berkahwin
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dihujani dengan ucapan tersebut di ruangan komen.
Kenapa selamat pengatin baru? Adakah awak semua masuk ke ‘live’ saya sebab ingat saya sudah kahwin?
Walau bagaimanapun, aktres berusia 39 tahun itu menafikan dakwaan bahawa dia sudah berumah tangga untuk kali kedua.
Wow! Banyaknya khabar angin..mana suami saya? Hello suamiku, tak ada pun.
Saya tak ada dekat Malaysia, macam-macam hal. Saya kahwin la, itu la ini la. Dahsyat betul.
Saya pun tak tahu saya dah kahwin.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet menyangka Puteri Sarah sudah kembali semula dengan bekas suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan agar aktres itu mendapat jodoh yang baik.
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Kredit: Oh Bulan