KUALA LUMPUR: Pelakon Raysha Rizrose selamat melahirkan bayi perempuan, semalam.
Berita gembira itu dikongsikan kakaknya yang juga pelakon terkenal, Nelydia Senrose dalam Instagram Story (IGs).
“Adik yang selalu ikut ke mana-mana dan bergaduh bersama sebelum ini sudah melahirkan seorang bayi.
“Alhamdulillah atas segala nikmat yang kami sekeluarga terima ini. Semoga Allah sentiasa menghujani keluarga ini dengan penuh barakah dan penuh kasih sayang,” katanya.
Dalam masa sama, Nelydia yakin Raysha dan suaminya, Nabil Jeffri mampu menjadi ibu bapa yang terbaik.
“Saya dan suami tahu mereka akan jadi ibu bapa hebat kepada bayi ini.
“Baby R (panggilan nama bayi) anda sangat disayangi dan kami sangat bertuah memiliki anda.
“Semoga anda membesar dengan sihat, cantik dan kuat seperti ibu anda,” tulisnya.
Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari tahun lalu selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.
Kredit: Berita Harian