Pelakon Veteran Roslan Saleh Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Roslan Saleh dilaporkan sudah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Jumaat.

https://www.facebook.com/noorfarahanis/posts/10161233562043262?ref=embed_post

erita sedih itu dimaklumkan sendiri anaknya, Farahanis Roslan menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran yang sama, Farahanis mendoakan agar roh arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Innalillahiwainnalillahirajiun, dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah segala dosa dan kesalahan dia, muliakanlah kematian nya, lapangkan lah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya, dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Roslan dan mendoakan agar roh Allahyahram Roslan dicucuri rahmat.

Terdahulu, Roslan yang mesra disapa Pak Lan dikhabarkan hilang penglihatan selepas menghidap penyakit kencing manis selama beberapa tahun hingga membuatkannya sukar untuk bergerak.

Keadaan kesihatannya yang kurang baik itu membuatkan Pak Lan tidak lagi aktif dalam dunia lakonan dan mula melakukan perniagaan bagi menampung kehidupan seharian.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *