Jenazah anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan

SEREMBAN: Jenazah anak bongsu pasangan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Anak bongsu pasangan itu, iaitu Muhammad Aisy Al Raees, dilapor meninggal dunia pada usia enam bulan, petang semalam.

Berita pemergian anak bongsunya dikongsi Zaquan melalui Instagram Story (IGs).

“Salam semua… Anak bongsu kami, Muhammad Aisy Al Rees binti Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya, sebentar tadi (semalam).

“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” katanya.

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *