‘Empat Orang Anak Syurga Ayu & Zaquan Menanti Di Sana’ – Rozita Che Wan

Pelakon Rozita Che Wan menyifatkan adiknya Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha sebagai ibu bapa yang bertuah kerana memiliki anak-anak syurga.

Khabar gembira

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rozita berkata, dia memahami kesedihan yang perlu dilalui oleh adiknya selepas kehilangan anak bongsu, Muhammad Aisy Al Rees.

Namun, aktres berusia 51 tahun tersebut yakin kegembiraan akan menanti Ayu dan Zaquan di akhirat kelak.

Mummy dan daddy sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini, pinjaman penuh kenikmatan.

Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana.

Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, insya-Allah.

Kenangan bersama Raees

Dalam masa yang sama, Rozita atau mesra disapa Che Ta turut mengenang momen bersama anak saudaranya itu.

Dalam galeri telefon mak ngah ini banyak sangat gambar Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak datang, mak ngah yang akan ke Seremban. Baby yang sangat baik, terlalu baik dan luar biasa.

Semalam, dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga, damailah kamu di sana sayangku.

Sebelum ini, bekas pemain bola sepak kebangsaan tersebut memaklumkan berita pemergian anak bongsunya yang berusia enam bulan itu kepada umum menerusi Instagram Story.

Rozita kemudian berkata, Ayu menghubungi ambulans selepas bayi itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk info, Ayu selamat melahirkan anak ketujuhnya pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Sumber: TikTok Rozita Che Wan

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *