SLE, pemantauan berkala penting untuk kurangkan komplikasi

SLE, atau Lupus Eritematosus Sistemik, adalah penyakit autoimun kronik yang menyebabkan sistem imun tubuh menyerang tisu dan organ tubuh.

Dalam keadaan normal, sistem imun bertanggungjawab melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit dengan menghasilkan antibodi yang melawan kuman.

Namun, SLE dicirikan sistem imun terlalu aktif dan menghasilkan antibodi yang menyerang sel-sel dan tisu sihat tubuh, menyebabkan keradangan dan kerosakan pada pelbagai organ, termasuk kulit, sendi, ginjal, jantung, dan paru-paru.

SLE boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi ia lebih sering dikesan dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berusia antara 15 hingga 50 tahun.

Penyebab sebenar penyakit ini tidak sepenuhnya diketahui, namun faktor genetik, persekitaran, dan hormon dipercayai memainkan peranan penting dalam perkembangan SLE.

Gejala SLE

Gejala SLE sangat berbeza antara individu, dan ia boleh muncul secara tiba-tiba atau berkembang perlahan-lahan. Beberapa gejala umum yang sering dikaitkan dengan SLE termasuk.

1. Kelesuan badan.

2. Ruam kulit.

3. Kesakitan sendi.

4. Mata menjadi kering.

5. Demam dan sakit kepala.

6. Kesukaran bernafas dan sakit dada.

7. Kehilangan berat badan.

Punca dan faktor risiko

Punca sebenar SLE masih belum diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor yang dipercayai dapat mencetus atau memburukkan keadaan ini:

● Genetik

● Sering terdedah kepada cahaya matahari

● Jangkitan kuman

● Ubat-ubatan

Pencegahan dan pengurusan jangka panjang

Penyakit SLE tidak boleh dihindari sepenuhnya, tetapi dengan pengurusan betul, individu yang menghidap SLE boleh menjalani kehidupan yang sihat.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan risiko komplikasi dan menguruskan penyakit ini termasuk:

● Melindungi diri daripada cahaya matahari

Penghidap SLE perlu mengelakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari yang boleh mencetuskan flare-up. Penggunaan pelindung matahari dan pakaian pelindung sangat disyorkan.

● Memantau kesihatan secara berkala: Pemeriksaan berkala dengan doktor adalah penting untuk memantau keadaan kesihatan, terutamanya fungsi ginjal dan jantung.

● Menjaga gaya hidup sihat

Pemakanan yang seimbang, senaman ringan, dan tidur yang mencukupi adalah penting untuk menjaga kesejahteraan fizikal dan mental.

SLE adalah penyakit autoimun yang boleh memberi kesan besar terhadap kualiti hidup penghidapnya, namun dengan pengesanan awal, rawatan tepat, dan pengurusan berkesan, individu yang menghidap SLE boleh menjalani kehidupan sihat dan aktif.

Kepentingan pemantauan dan penjagaan kesihatan secara berkala amat penting untuk mengurangkan komplikasi dan menjaga fungsi organ.

Oleh itu, kesedaran mengenai SLE dan langkah-langkah pencegahan serta rawatan penting untuk membantu mereka yang menghidap penyakit ini.

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *