Tular Video Berbusana Pengantin, Fikry Ibrahim Didakwa Sudah Berkahwin?

Tular di TikTok sebuah video memaparkan pelakon terkenal, Fikry Ibrahim bersama seorang wanita yang anggun mengenakan busana pengantin serba putih.

Fikry Ibrahim didakwa dah kahwin?

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok Laman Pokok Bunga, Fikry didakwa sudah sah bergelar suami. Ruangan kapsyen hantaran itu turut dihiasi dengan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.

Bagaimanapun, kesahihan berita itu masih belum dapat dipastikan kerana sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada Fikry sendiri.

Susulan video tersebut, ruangan komen dihujani dengan pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya mengenai status sebenar pelakon itu.

Ada yang mengucapkan tahniah, manakala sebahagian lagi meragui sama ada ia sekadar rakaman untuk projek lakonan terbaharu.

Komen

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *