Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie meluahkan rasa terharu dengan sikap anak tirinya, Matin yang memberi gaji pertama kepadanya.
Kasih anak pada ibu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Matin dilihat memeluk Watie dengan memberi sejambak bunga yang dibeli Shuib sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 37.
Apa yang membuatkan Watie sebak apabila Matin menyelitkan wang tunai sejumlah RM100 pada bunga tersebut.
Tiba-tiba Matin datang bawak Mummy bunga yang Daddy bagi.
Rupanya dia selit duit gaji yang dia dapat malam itu.
Dia cakap itu hadiah untuk Mummy. Dia dapat RM100 itu je dan duit itulah yang dia bagi Mummy.
Matin cakap saya lebih bernilai dari duit yang dia dapat. Mummy terharu sangat.
Terharu dengan pemberian Matin, Watie berjanji untuk menyimpan wang tersebut selamanya.
Shuib tak salah pilih




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah kerana berjaya memiliki seluruh jiwa keluarga suaminya. Selain itu warganet turut memuji Shuib yang pandai memilih seorang ibu untuk anak-anaknya.
Sumber: TikTok @watiehanifiah
Kredit : Oh bulan