Atikah Suhaime Dipuji ‘Humble’ Beli Barangan Bayi Di TikTok – ‘Kahwin Orang Kaya Tapi Masih Berbelanja Macam Orang Biasa’

Pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime berkongsi hantaran memaparkan dirinya melakukan ‘unboxing’ barangan bayi yang telah dibelinya menerusi hantaran di TikTok.

‘Unboxing’ barang anak

Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat antara barangan bayi yang telah dibeli Atikah adalah seperti pakaian, lampin dan barangan mandian bayi.

Ujar pelakon filem ‘Pencuri Hati Mr. Cinderella’ itu, kesemua barangan tersebut dibeli sebagai persediaan sebelum menyambut kelahiran pertamanya.

Antara barangan yang saya beli untuk persediaan menyambut kelahiran.

Apa lagi yang Tikah lupa ya?

Apa yang mencuri perhatian netizen, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime ini hanya membeli kesemua barangan itu secara atas talian menerusi aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Atikah yang masih bersederhana dalam berbelanja meskipun hidup dalam keadaan mewah.

Komen netizen

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *