Syed Saddiq mesra berbicara, beri galakan Ayden bantu Gaza

KUALA LUMPUR: Keakraban hubungan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon, Bella Astillah terus hangat diperkatakan apabila dilihat hadir ke Parlimen.

Menerusi video yang tular di TikTok, Syed Saddiq, Bella dan anak sulung, Ayden Adrean turut meluangkan masa beramah mesra serta bergambar dengan kakitangan di Parlimen.

Kehadiran Ayden dilihat mencuit hati ramai dengan keletahnya. Malah Syed Saddiq dan Ayden mesra berbicara mengenai keprihatinan terhadap rakyat Gaza.

“Ya, saya mahu membantu mereka di Gaza apabila saya sudah besar nanti,” kata Ayden.

Syed Saddiq menyambut hasrat Ayden dengan menyatakan Ayden boleh membantu rakyat Gaza dengan menyertai Parlimen.

Lebih menarik, Syed Saddiq dan Bella juga dilihat memakai pakaian tradisi Melayu dengan rona warna sama, sekali gus menandakan keserasian mereka.

Beberapa video memaparkan orang ramai seronok dapat berjumpa dan bergambar bersama Syed Saddiq, Bella dan Ayden.

Malah, menerusi ruangan komen di TikTok ramai menyambut baik tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan daripada MUDA itu membawa Bella dan Ayden melawat ke Parlimen.

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *