Coretan Achey Buat Tiara Undang Sebak – ‘Tolong Bawa Perkara Baik Hingga Dewasa Nak’

Pelawak dan pelakon, Achey mengundang sebak orang ramai apabila berkongsi coretan hati untuk anaknya, Nur Tiara Zinnirah baru-baru ini.

Doa untuk Tiara

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah itu berharap agar setiap individu yang terhibur melihat gelagat anaknya menitipkan doa untuk perjalanan hidup Tiara.

Jaga budi pekerti

Sementara itu, Achey juga sempat menitipkan pesanan buat anak gadisnya supaya sentiasa menjaga perlakuan baik sehingga dewasa.

Maaf nak kalau ayah dan mama bukan yang terbaik untuk awak. Setidaknya jika doa ayah tidak cukup mungkin (doa) orang lain boleh cover.

Bila Tiara dah besar nanti, boleh tengok balik coretan, suntingan yang ayah buat untuk awak sedikit sebanyak disayangi masyarakat. Tolong bawa perkara yang baik sehingga dewasa nak.

Sekadar info, Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sehinggalah pada tahun 2018, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat yang dinamakan Tiara, 7.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *