Wanita Kongsi Tip Bercuti Satu Keluarga Ke Indonesia

Wanita Kongsi Tip Bercuti Satu Keluarga Ke Indonesia

Percutian keluarga ke luar negara tidak semestinya perlu menelan belanja yang besar.

Hakikatnya, dengan perancangan bijak, impian untuk menikmati percutian seronok tetap boleh direalisasikan.

Sama ada destinasi dalam atau luar negara, setiap percutian pasti lebih indah apabila dirancang dengan mengutamakan bajet yang mesra dompet.

Menariknya, Indonesia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia, khususnya kota Jakarta dan Bandung yang menawarkan pelbagai tarikan menarik dengan kos yang berpatutan.

“RM8 ribu kami 6 beranak…”

Terbaharu, seorang wanita menerusi Facebook @Nina Azahari telah mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi pengalamannya bercuti ke dua destinasi popular ini bersama keluarganya.

Lebih mengagumkan, mereka berjaya menikmati percutian selama beberapa hari dengan hanya sekitar RM8,000 untuk enam orang sekeluarga.

Perkongsian wanita ini menarik perhatian mereka yang teringin untuk ‘lari’ sebentar daripada hiruk-pikuk kehidupan.Dengan kos RM8 ribu kami 6 beranak pilih bercuti di Jakarta – Bandung berbanding bercuti di Sabah.Actually ramai yang pm miz nina nak itenari Bandung ni.Sebelum tu, disclaimer awal-awal. Bukan saya nak kondem pasal Sabah atau mana-mana tempat bercuti di Malaysia. Saya suka Sabah. Memang plan lama dah nak pegi semporna bawa anak-anak.

Tapi itulah. Memang dah buat kira-kira dengan kos begini saya dapat lebih aktiviti dan siap boleh shopping lagi di Bandung & Jakarta.Hujung tahun lalu saya dah survey, congak-congak dalam 15 ribu juga lah total hangus kalau nak ke semporna 6 beranak. Plan last minit sebab anak sulong masih exam SPM.Masa tu terfikir nak pegi pulau kat semenanjung Malaysia tapi musim monsun pulak. Nak pergi sabah (semporna) flight jauh lebih mahal dari tambang ke jakarta.Semua ni plan sebab nak release dari kerja dan setahun juga kami tak kemana-mana sebab struggle anak sulong SPM.Antara banyak-banyak tempat kat indonesia, saya pilih Bandung.

Kenapa Bandung?

1. Sejuk & tenang. Kawasan Tanah tinggi2. Banyak attraction baru contoh: Dusun Bambu, The lodge Maribaya, Lembang zoo jauh lebih bersih dan menarik, Orchid Forest, Kawah Putih, Rengganis suspension bridge3. Makan, tiket masuk & shopping murah.4. Ada banyak choice tempat nak berjalan dan menikmati permandangan.5. Flight tiket lebih murah. Ni paling utama.Kebetulan pulak last year semua dah renew paspport. Jadi terus saya mula kira-kira budget ke Jakarta. Maka bermulalah kerja survey menyervey tiket flight, hotel, transport, supir dan tempat-tempat lawatan.Ikutkan tak sampai sebulan pun saya booking flight dan saya sendiri buat itenari 6 hari 5 malam ke Jakarta & Bandung.Saya sharekan cara travel saya, suami dan 4 orang anak-anak lelaki kami. Kena ikut mood dan selera diorang. Tambah yang kecil sekali tu kalau tak kena gaya boleh tantrum. Jadi kena ada backup plan.

First thing first. Before nak survey benda-benda lain, saya start survey dulu flight tiket. Yelah, nak ke bandung ni kalau dari KL naik flight jelah paling senang.

๐Ÿญ. ๐—•๐—ผ๐—ผ๐—ธ ๐—™๐—น๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜ ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐˜ (๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐Ÿญ/๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ)

Flight : KL – CGK – KL ( RM 3,800 / 6 pax )Saya pilih airasia. Dah survey sebelum malamTahun baru lepas, tiket above 4K. Tak sangka ngam-ngam waktu malam tahun baru tu tiba-tiba AA ada offer. Sebenarnya consider mahal jugak ni sebab last minit. Tapi Harga tiket dah Include:

  • luggage 25kg pergi, 40kg balik
  • seat 6 pax (return)
  • insurance
  • Meals ( masa balik sebab flight pagi buta & tak sempat breakfast)

Tips beli flight ticket murah – beli malam hari selasa & rabu. Memang menjadi. Saya compare harga isnin dan selasa memang ada banyak beza. Tips ni pun ramai backpackers yang share. Cuba lah!

๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป

Airport Jakarta – Hotel : lepas nego rp280k (RM76) termasuk tol. Time sampai JKT peak hours. Orang semua baru balik kerja. Macet teruk.

  • Hotel – Thamrin – Hotel : Gojek rp25k (RM6.50)
  • Hotel – Stasiun Halim (train woosh) : rp260k (RM71) termasuk tol
  • Bullet train : whoosh (keretapi cepat)

Stasiun Halim – pandalarang rp250k x 6 = rp1.5juta (RM409) . Dapat free entrance Dusun Bambu. Tiket beli Walk in je tak perlu book awal2.Saya beli di kaunter walaupun 20 minit lagi keretapi nak sampai. Kalau terlepas pun takpe, sebab tiket memang banyak. So no worry!

๐Ÿฏ. ๐—•๐—ผ๐—ผ๐—ธ ๐—›๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—น

  • Jakarta 4/2 : Yellow Bee tanah abang x 2 king room + bfast : RM360
  • Bandung 5/2-8/2 Grand DeFam Braga (apartment 2 bilik + bfast + extra bed) ( X 3Nite): RM1257.54
  • Jakarta 8/2-9/2: Holiday In X 2 room + bfast : RM500

Total: RM2131 ( total 5 malam utk 6 pax)

๐Ÿฐ. ๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ (๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜‚)

Saya nak anak-anak selesa so ambil supir 3 hari full bawa jalan-jalan ke lembang dan tempat makan. Kereta Daihatsu Luxio 6 seater. Hari ke-4 minta supir hantar dari Bandung terus ke Jakarta. Sebab beg makin bertambah

๐Ÿคฃ

Total : RM 1k (untuk 4 hari)(8:00 am – 9:00 pm)

๐Ÿฑ. ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น ๐—œ๐—ป๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€:

Takaful : RM 65 untuk 6 pax = 6 hari

๐Ÿฒ. ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป & ๐—ฆ๐—ต๐—ผ๐—ฝ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด :

  • Kampung Daun (sedap sama macam dulu)
  • Cibiuk Resto ( tak sedap sgt tapi tempat cantik)
  • Pagi sore bandung (biasa je nyah)
  • Stone Cafe (nice view & makan sedap)
  • Tahilalat Braga street (dessert sedap)
  • Kedai makan area braga banyak yang sedap dan murah. kopi pun sedap.
  • Shopping Bandung : Braga street , Niion , exsport, Jalan Sultan Agung, 23 Paskal, Toko Tiga , Pasar Baru
  • Shopping Jakarta : Thamrin, Grand Indonesia, Sarinah, Tanah Abang

Selain itu, Nina Azahari turut berkongsi itinerari lengkap bagi percutian selama 6 hari 5 malam itu.

Ini termasuk destinasi menarik yang dikunjungi, aktiviti yang dilakukan, serta tip perjalanan yang mungkin berguna bagi sesiapa yang merancang percutian ke lokasi yang sama.

Jika anda ingin melihat butiran penuh, sila klik di sini untuk membaca perkongsian penuh Nina Azahari.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *