“Gaji Ahli Parlimen Cecah RM40K Takkan Miskin Lagi? Beli Kereta Banyak & Isteri Banyak Mungkinlah” – PMX

Melalui laporan Malaysia Gazette, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memperjelaskan isu peruntukan tidak diberi buat ahli Parlimen pembangkang membuatkan mereka miskin.

Dedah gaji ahli Parlimen

Kata PMX, gaji yang diterima oleh ahli Parlimen termasuk elaun boleh mencecah sebanyak RM30,000 hingga RM40,000.

Tambah Anwar, hal ini menjadi satu ‘isu besar’ susulan ahli Parlimen tidak bijak dalam menguruskan kewangan mereka kerana gemar berhutang.

Hendak jadi hero jalanan belajar dahulu, jadi sekarang dia gunakan isu ini jadi riuh rendah.

‘Beli kereta banyak, isteri banyak jadi miskin mungkinlah..’

Dalam pada itu, PMX turut memaklumkan projek ketika ini tidak diberi untuk ahli Parlimen cuma mereka berperanan mengemukakan usul atau cadangan.

Menyatakan ahli Parlimen jadi miskin papa kedana adalah tidak benar. Saya tak tahulah RM40,000 miskin lagi. Hutang kalau beli kereta banyak, isteri banyak mungkinlah.

Sekadar info, PMX diminta untuk mengulas isu ini susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa parti berkenaan mempunyai sebab tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan dalam isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang oleh kerajaan kerana ia terlalu ketat serta luar biasa.

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *