Anda Tidak Dibenarkan Bawa ‘Power Bank’ Jika Menaiki Pesawat Singapore Airlines, Bermula April 2025

Susulan insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada power bank, Korea Selatan telah menetapkan larangan penggunaan power bank dalam penerbangan bermula 1 Mac 2025.

Kini, Singapura turut mengambil langkah serupa dengan mengumumkan bahawa penumpang Singapore Airlines tidak dibenarkan menggunakan power bank dalam penerbangan, berkuat kuasa 1 April 2025.

Larangan ini merangkumi semua bentuk penggunaan power bank, termasuk mengecas peranti menggunakan power bank atau mengecas power bank melalui port USB dalam pesawat.

Walau bagaimanapun, semua power bank masih dibenarkan dibawa dalam kabin.

Power bank dengan kapasiti sehingga 100Wh boleh dibawa tanpa memerlukan kebenaran khas, manakala yang berkapasiti antara 100Wh hingga 160Wh memerlukan kelulusan daripada syarikat penerbangan.

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *