Bella Park Jawab Bercuti Tanpa Suami & Anak – ‘Kerja Tentera Tak Boleh Sesuka Hati Keluar Negara’

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial Bella Park dilihat melancong ke negara China tanpa suami di sisi sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Suami kerja tentera

Enggan timbul dakwaan yang tidak diingini, Bella menjelaskan punca suaminya tidak mengikuti percutian di China menerusi hantaran di TikTok.

Suami saya kerja tentera, jadi dia tidak boleh senang-senang keluar negara.

Kalau percutian itu dirancang lebih awal boleh sahaja ikut, tetapi saya memang tidak merancang dan disebabkan itu, saya pergi seorang sahaja.

Lagi satu, kami baru sahaja berkahwin dan masa berkahwin tu dah mohon cuti. Jadi, macam tidak kena pula kalau nak mohon cuti lagi sekali.

Nanti bulan tujuh saya nak pergi menunaikan umrah, takkan dia nak ikut saya pergi melancong pada kali ini, banyak cuti kena ambil.

Tak sesuai untuk Nenel

Menjelaskan lebih lanjut, Bella yang baru menamatkan zaman jandanya pada dua bulan lalu berkata percutian pada kali ini sangat tidak sesuai buat anak tunggalnya yang mesra dipanggil Nenel.

Untuk anak saya pula, percutian pada kali ini saya rasa tidak sesuai untuk kanak-kanak tambah pula anak saya autisme.

Jadi akan ada masalah dari segi pengangkutan.

Anak saya ada masalah otot di mana bermula bahagian pinggang ke bawah memang agak lemah dan tidak boleh berjalan lama.

Jelasnya, segala perincian akan diambil kira sekiranya mahu membawa Nenel melancong ke luar negara kerana kerana sikap kanak-kanak istimewa berbeza berbanding mereka yang normal.

Saya kena tengok dahulu, kalau percutian itu tidak sesuai memang saya tidak akan bawa.

Disebabkan masalah macam itu, saya pergi seorang diri. Alhamdulillah suami saya bagi, anak saya okay.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *