‘Saya Dah Hilang 16 Kg Hanya Dengan Berjalan Atas Walking Pad’ – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram (kg) hanya dengan berjalan menggunakan alat senaman ‘walking pad’.

Hilang 16 kg

Berbangga dengan pencapaian tersebut, Uyaina atau nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33,  berkata, dia akan berjalan atas alat tersebut setiap hari dan ditambah dengan beberapa aktiviti senaman lain.

Setiap hari saya akan #SudahJalanKaBelum atas ‘walking pad’. Tapi lepas berat saya ‘stagnant’, saya ubah sikit rutin senaman. Saya mula lari dan juga lakukan beberapa senaman lain.

Sehingga kini saya dah hilang sebanyak 16 kg hanya dengan berjalan. Jujur saya katakan, berjalan adalah senaman yang saya boleh buat setiap hari tanpa penat. Berjalan juga bagus untuk kaki dan jantung.

Uyaina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya.

#SudahJalanKaBelum

Ibu kepada dua cahaya itu turut mengajak mereka yang sedang berusaha menurunkan berat untuk melakukan senaman berjalan.

Jelas Uyaina, berjalan tidak hanya menurunkan berat, tetapi juga memberi perkembangan positif dari sudut kesihatan mental dan emosi.

Buat yang tengah ‘struggle’ nak turunkan berat badan, cuba berjalan. Jalan je, jangan fikir, Jangan malas, Jangan bagi alasan, ‘just walk’.

Anda akan nampak perubahan dari segi berat badan, ‘inch loss’, kulit dan paling utama adalah kesihatan mental anda, saya sendiri rasa lebih sihat dan gembira sekarang.

Saya juga gembira apabila ramai yang buat senaman berjalana atas ‘walking pad’ atau ‘treadmill’ sama macam saya.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *