Penyanyi, Irfan Haris berkongsi cerita ketika pelakon dan penyanyi, Fattah Amin datang beraya ke kediamannya yang terletak di Johor, baru-baru ini.
Fattah beraya rumah Amira

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Irfan memberitahu, ketika Fattah datang beraya ke rumahnya, ibunya telah menyediakan makanan kegemaran aktor tersebut iaitu sambal udang.
Ada satu hari mama saya masak, saya lihat mama masak sambal udang dalam kuantiti yang banyak.
Selalu kebiasaanya kalau raya mama akan masak lauk raya macam rendang dan sebagainya, tapi kali ini sambal udang.
Saya tanya ada orang nak datang beraya ke? Dia jawab abang long (panggilan Fattah) nak datang beraya. Saya terus teruja.
Sebelum ini, ibu kepada Fattah iaitu Azizah Abdul Ghani pernah memberitahu lauk kegemaran anaknya adalah sambal udang.
Sedondon berbaju kelabu

Dalam pada itu, Irfan turut memberitahu bahawa kakaknya yang juga penyanyi Amira Othman meminta mereka sekeluarga untuk memakai baju sedondon berwarna kelabu bagi menyambut kedatangan Fattah.
Masa saya tengah bersiap, kak Ya (panggilan Amira) ketuk pintu bilik cakap semua kena pakai baju warna ‘grey’. Saya dah gelabah sebab tak jumpa baju warna itu.
Saya geledah punya geledah akhirnya jumpa. Dan apabila saya turun ke lantai bawah, saya nampak abang long pun pakai kelabu.
Satu keluarga saya pakai kelabu termasuk mama, ayah dan abang-abang saya. Apabila dah pakai sedondon itu yang kami buat konten menari ‘velocity’.
Tarian ‘velocity’ tu pun kak Ya yang ajar abang long. Saya cakap ‘korang ambila jela bumi ini’. Bila post ramai suka dan cakap ‘velocinta’.
Kredit : Oh bulan