Syed Saddiq Sentiasa Bawa Kipas Dalam Beg – ‘Mengikuti Bella Semasa Shooting..’

Gerak geri ahli politik, Syed Saddiq kini kian menjadi perhatian ramai selepas menjalinkan hubungan baik bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Sadiq bawa kipas

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sedang mengeluarkan sebuah kipas tangan elektronik daripada begnya.

Paling menarik perhatian apabila Saddiq berkata dia mula membawa kipas selepas mengikuti Bella ke sesi penggambaran.

Mengikuti Bella semasa shooting saya bawa kipas..dan dalam beg ini bukan hanya sekadar ada kipas.

Dalam pada itu, Saddiq memaklumkan dia sering membawa beg tersebut sebagai salah satu cara untuk bersenam.

Saya sengaja beratkan beg ini untuk jadikan ia sebagai workout.

Saya jalan dekat parlimen ada juga orang ketawakan saya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata, Saddiq akan sentiasa mengingati Bella walau kemana sahaja beliau berada dan mereka juga senang melihat kemesraan pasangan itu.

Sekadar info, Bella dan Saddiq sebelum ini berkerjasama bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan.

Ahli politik berasal dari Johor itu juga pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-duanya masih belum membuka mulut berhubung status sebenar hubungan mereka sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *