‘Saya Makan Duit Housewife Dulu..Pelakon Kan Miskin, Mengemis’ – Idzham Ismail Sindir Netizen Pertikai Taraf Hidup Dengan Bekas Isteri

Pelakon Idzham Ismail sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil membalas komen seorang individu yang mempersoalkan taraf kehidupannya dengan bekas isteri.

‘Kerja pelakon miskin, jangan kenal dengan pelakon’

Menerusi ruangan Q & A di Instagram, individu berkenaan menyifatkan Idzham tidak sesuai dengan bekas isterinya, Siti Nur Abilah kerana wanita itu seorang yang bekerjaya berbanding aktor itu yang tidak memiliki pendapatan tetap.

Komen netizen: Memang tak sesuai abang dengan bekas isteri. Bekas isteri ada kerja bagus, abang kerja tak tetap, lepas ni cari yang duduk rumah bang.

Tidak berdiam diri, Idzham memberi respons dalam nada sinis, menyindir kenyataan tersebut yang seolah-olah memperlekehkan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Komen Idzhm: Gais kerja pelakon miskin tau jangan kenal dengan pelakon.

Idzham turut menambah, kehidupannya sebelum ini kononnya banyak ‘bergantung’ kepada bekas isteri, termasuk tempat tinggal, kereta dan pendidikan anak-anak.

Alhamdulillah dulu pon saya memang tak ada duit, makan duit housewife. Pelakon kan kerja tak tetap, mengemis.

Rumah pon bekas isteri bagi duduk rumah dia, kereta dia pon saya pakai, sekolah anak anak pon dia tanggung.

Tulah kena cari yang boleh sponsor hidup saya lepas ni.

Untuk rekod, Idzham mengesahkan perceraiannya dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada 4 November 2024 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.

Sumber: Instagram

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *